Sabtu, 6 Mei 2017

SELAMAT DATANG


Tajuk blog | Ada Apa Di Ayer Hitam & Parit Raja

Tempat Makanan Yang Menarik

Leezo Container
Image result for leezo container
LEEZO CONTAINER WESTERN FOOD
Leezo Container merupakan sebuah kedai makan western yang hipster dan sangat popular di Parit Raja .Selain makanan western, di Leezo Container juga ada menyediakan makanan tempatan seperti nasi goreng paprik, tomyam dan lain-lain. Para pengunjung wajib merasai kelainan burger home made di Lezzo. Lezzo Container dimiliki oleh sepasang suami isteri yang masih muda iaitu En Nazwan bin Nasir dan isterinya Puan Suliza bt Suyab. Leezo Container turut membuka Leezo Restaurant di Taman Flora. Lezzo Restaurant bernuansa kekeluargaan dan moden sesuai bagi acara keluarga dan bersama teman-teman. 

Waktu operasi : Dibuka setiap hari jam 5 ptg -1pagi . Cutinya pada hari Isnin.
Alamat : Kampung Parit Samijan Parit Raja . Berhadapan dengan BH Petrol Taman U Parit Raja & di No 6 , Jalan Flora Utama, Batu Pahat, Johor.
Jom singgah!!!!


Menu Yang Terdapat Di Leezo 



Foto Leezo Restaurant / Leezo Container.
CABONARA
Foto Leezo Restaurant / Leezo Container.
TOMYAM SEAFOOD .
Foto Menarik Di Batu Pahat.
NASI PAPRIK

Foto Leezo Restaurant / Leezo Container.
BEEF DOUBLE RARE CHEESE BURGER


Tempat Menarik Yang Boleh Dikunjungi


BANDAR SERAMIK

Ayer Hitam sangat terkenal dengan barangan seramik sehinggakan kini ianya dikenali dengan nama Bandar Seramik. Terletak di daerah Batu Pahat. Sebelum kedatangan Lebuhraya Utara-Selatan, Air Hitam adalah laluan persimpangan utama menuju ke Melaka dan Kuala Lumpur , Johor Bahru dan Singapura,  Kluang dan Mersing arah  timur. Ia adalah satu perhentian rehat popular kebanyakan bas persiaran dan pelancong dalam dan luar negara. Pelawat boleh mencari kedai-kedai cenderamata seperti barangan seramik dan juga makanan ringan seperti kerepek, buah-buahan tempatan,  restoran dan penduduk tempatan menjaja sayur-
sayuran mereka.


Keistimewaan Parit Raja – Parit Raja mempunyai keistimewaan dalam kedudukan lokasinya iaitu diantara dua bandar Batu Pahat dan Ayer Hitam. Parit Raja adalah dalam proses transformasi pembangunan ekonomi dan perlancongan. Antara faktor penyebab tarikan kepada keistimewaan Homestay di Parit Raja adalah:

  1. Dekat dengan UTHM (Universiti Tun Hussien Onn). Setiap tahun mesti ada pendaftaran pelajar dan majlis konvokesyen, jadinya ini adalah peluang kepada sesiapa yang ada asset atau rumah untuk dijadikan Homestay.
  2. Lokasi hampir dengan bandar Batu Pahat, dimana Batu Pahat secara maklumnya adalah antara bandar yang mempunyai kepadatan penduduk mengikut perangkaan tahun 2008.
  3. Gudang kerepek atau makanan ringan yang terbesar di Kerepek MK Berkat Parit Raja. Pelbagai jenis kerepek dengan harga yang murah boleh didapati di sana.
  4. Lokasi hampir dengan Ayer Hitam, dimana banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Botani, Taman Organik, Tropical Village dan lain-lain.
  5. Perkara lain yang menarik di Ayer Hitam iaitu di Claytan factory dan Kilang tembikar. Disitu anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat terus daripada kilang.

HOMESTAY 

Homestay Harmoni, Parit Raja






Ruang Tamu

Bilik Tidur


Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Klinik Putra, Al-Ikhsan, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

En Sham (012-736 3269)

Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Cara Tempahan

Tempahan boleh dibuat dengan enam langkah mudah:
  1. Telefon atau SMS ke 012-7363269/ 012-7409224/ 012-7695985 untuk tarikh daftar masuk dan bilangan hari untuk bermalam di Homestay Harmoni, Parit Raja. 
  2. Hantar SMS dengan mesej: Homestay <jarak> Nama Penuh <jarak> Tarikh daftar masuk <jarak> Bilangan hari
  3. Tarikh daftar masuk dan daftar keluar akan ditetapkan sama ada terus melalui panggilan telefon atau SMS balasan.
  4. Tempahan hanya akan disahkan setelah pembayaran deposit sebanyak 50% daripada jumlah kos penginapan dibuat. Pembayaran wang deposit boleh dilakukan melalui dua cara: 
Pemindahan secara atas talian melalui Maybank2u atau Cimb Clicks.
* Melalui mesin deposit tunai Maybank atau CIMB. 
  (Nombor akaun akan di SMSkan kepada bakal tetamu Homestay)
  1. Sila telefon atau SMS ke 012-7363269/ 012-7409224/ 012-7695985setelah wang deposit dimasukkan supaya tempahan boleh disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
  2. Bayaran penuh dan deposit kunci sebanyak RM50.00 (akan dikembalikan semasa daftar keluar) hendaklah dibuat secara tunai ketika menerima kunci homestay.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224) 
En Fazil (012-769 5985)


Pelan Lokasi Ke Homestay Harmoni Parit Raja



Pelan lokasi Homestay Harmoni, Parit Raja:



Kedudukan Homestay Harmoni adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Homestay Harmoni juga terletak 2 KM (5 minit) dari UTHM. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai Homestay Harmoni sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke Homestay Harmoni. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En Sham (012-736 3269)
Pn Wati (012-740 9224) 
En Fazil (012-769 5985)

SELAMAT DATANG

Tajuk blog | Ada Apa Di Ayer Hitam & Parit Raja Tempat Makanan Yang Menarik Leezo Container LEEZO CONTAINER WESTERN FOOD Leez...